• Home
  • Who am I?
  • Facebook
  • Formspring
  • . EJC | ASSB | RESOLUTE .

    August 8, 2011

    1 JUNE 2011 - 5 JULY 2011


    Sebenanya gila lama dah nak hapdet entry ni, tapi tak bekesempatan memandangkan ketiadaan DELL itu . Jadi dengan adanya latop mak ni, dapatla aku numpang-numpang hapdet belog ini . Sebeno nya nak hapdet cerita sekitar bekerja aritu je . Sekitar waktu stress yang aku lalui hari demi hari dan membuat jerawat yang sedia ada semakin-makin betambahnya. Ahh! Tepila jerawat, buleh tak tolong naik kat tapak kaki ke, tapak tangan ke, tapak selipar ke, kepala lutut ke, jari ke . Nyemak sungguh lah . Heh!. .

    Kerja aritu takda la susah mana pon, just maintain sistem yang dah aku develop aritu je, tapi agak banyak la yang kene ubah function nya . Plus, kerja yang aku juga kene buat aritu adalah key in data sheet staff dari 2009 - 2011 . Mak aiii, sebut je pasal mende tu, rasa mual balik tekak aku mendengo nya . ( Tekak buleh dengo ek? Keh3 ) . Tapi takda la sepanjang keje tu sumenya stress kan . . .Mau masuk Tanjung Rambotan aku . Ada lah jugak yang enak nya, cam ada makan-makan yang bos buat, main-main bowling dan macam-macam lagi lah. . .Meh nak upload gambo-gambo saat-saat manis, masam, yang sempat aku rakamkan;

    Ni la kije yang meloyakan tekak, key in datasheet staff . Erk!

    Lagi gambo memualkan kuasa limabelas. 

    Ni jem teruk time nak gi kije sejauh lebih kurang 10 KM kot .
    Pergh! Time ni memang panas betul hati gua, tapenah hadap jem kat JB, sekali kene satu accident, hambek, jem tak hengat! Tapi rasa nya time ni pon, ada hikmah nya Allah aturkan jem camni, pasal  pagi yang nak jem ni, aku overslept . Sedar-sedar je dah pukul 9 AM . Supposed to be aku masuk office kul 8.40 AM . So, bila ada jem camni, takda la obvious sgt alasan aku lambat masuk office sebab overslept, buleh jadikan jem sebagai main reason nape aku masuk office lambat. Kan? Buleh nampak tak permainan politik yang cuba aku tayangkan, .Keh keh. . 

    Then, bila ada orang tanya "Apsal lambat di?" Jadi aku buleh jawab dengan confident nya "Jem teruk tadi, ada DUA ACCIDENT", tak payah la nak jawab "Overslept" Alasan overslept tu sungguh biadap aku rasa, kan?. Tapi mujurlah takda sape pon yang tanya, pasal sume sedia maklum akan JEM teruk itu, sebab jem tu sampai depan office, buleh tengok kat tingkap office tu ha jem nya. Dan aku selamat sampai office pukul 10.30 AM . Erk! 


    Lain - lain sume nya kenangan manis je aku rasa, makan - makan

    Majlis perpisahan sambut Nadia, yang tengah tu nak benti dah. 
    Makan-makan kat Pizza Hut . Yang kanan sekali, Yana, kiri sekali Kak Ani . 
    Santik-santik diorang sume ni . Kan?

    Cukup sampai di sini saje experience yang aku nak bongkah kan di blog ini. . . ( padahal post ni lama gila dah jadik DRAFT, cume takda kesempatan nak post kan a.k.a tekan button "PUBLISH POST" ) HAHAHAA... Hari ini "9 MARCH 2012", baru datang balik mood nk meng update blog. ( mak aihh, amek masa SETENGAH TAHUN nk update blog, kalah amek master.. Keh keh keh. OK la tu, yang penting blog ni belum expired lagi dan aku masih buleh bertinta - tinta di sini hoi. 




    Renung-renungkan dan selamat beramal. Babai !











    . SOMEBODY is Leaving because RAMADHAN is Coming! .

    August 7, 2011


    Rasanya, masih be;lum telambat untuk aku mengucapkan;
    Salam Ramadhan kepada sume umat Islam!
    Fuuhhhh!! Fuhhh!! Banyak beno sarang lelabah kat blog gua ni, 
    Tanda gila lama gua tak jenguk ini blog 
    ( Berikut di atas adalah typical ayat blogger bila dah lama tak hapdet belog. Keh keh )


    Seriously rasa gila kekok nak menaip kat laptop ni,
    Maklumlah, lama beno rasa tak memegang yang namanya laptop .
    Since MY BOO DELL tu, 
    Jatuh "sakit gering" (Pekataan kamus dewan bahasa pustaka nih gua rasa), 
    Koma telantar kat hosptal, mood gua nak hapdet blog ni jadik hilang terus.
    Skill menulis blog pon dah hilang jugak gua rasa. 
    ( Ceh! macam ada skill menulis blog la sangat ko ni pon didi kan? )


    Currently, memakai laptop EMAK . . .Kekok rasa nya pakai ACER ;(
    ( Haha. . .Gila gedik, padahal takda beza pon. . . Keh3 )


    So that, lepas je merembat laptop EMAK ni,
    Try la jugak nak memupuk rasa nak memanja-manja kan entry blog,
    Tapi tak berjaya . * Memejam dua anak mata, tertunduk kecewa .


    Bulan Julai lepas pon SATU je yang gua sempat update,
    Tu pon entry yang "COPY PASTE" je. Keh keh.
    Nasib baik sempat jugak update SATU kan? So, takda la nampak pemalas sangat . Heh!
    Macam POYO-POYO plak aku rasa ayat aku nih. Ahhh . . .Gasak lah! 
    Macam ada plak orang yang nak hamek kisah nya weh ko update ke tak? ADK? ( Ada Diorang Kisah?? )

     
    Miss HIM damn much !! 


    Tapi nasib baik la ajal si DELL ni panjang lagi,
    Dan sangat bersyukur emakpapan (motherboard) dia tak corrupt.
    So takda la kene mahal sangat,
    Dan tak perlu la juga gua nak membeli latop BARU . . . Pheww~

    Lastly, Happy Fasting . . .
    Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang 
    penuh makna dan terbaik dari yang sebelumnya.
    Amin !





    P/S : Kalau aku cakap nak ENGKO, aku nak jugak la weh . Tak kira. Tunggu aku bawak LORI nanti datang sana hamek ENGKO ek. Tunggu ok . Tunggu! Duk dendiam kat situ, jangan gi memana . Heh!