• Home
  • Who am I?
  • Facebook
  • Formspring
  • . EJC | ASSB | RESOLUTE .

    August 8, 2011

    1 JUNE 2011 - 5 JULY 2011


    Sebenanya gila lama dah nak hapdet entry ni, tapi tak bekesempatan memandangkan ketiadaan DELL itu . Jadi dengan adanya latop mak ni, dapatla aku numpang-numpang hapdet belog ini . Sebeno nya nak hapdet cerita sekitar bekerja aritu je . Sekitar waktu stress yang aku lalui hari demi hari dan membuat jerawat yang sedia ada semakin-makin betambahnya. Ahh! Tepila jerawat, buleh tak tolong naik kat tapak kaki ke, tapak tangan ke, tapak selipar ke, kepala lutut ke, jari ke . Nyemak sungguh lah . Heh!. .

    Kerja aritu takda la susah mana pon, just maintain sistem yang dah aku develop aritu je, tapi agak banyak la yang kene ubah function nya . Plus, kerja yang aku juga kene buat aritu adalah key in data sheet staff dari 2009 - 2011 . Mak aiii, sebut je pasal mende tu, rasa mual balik tekak aku mendengo nya . ( Tekak buleh dengo ek? Keh3 ) . Tapi takda la sepanjang keje tu sumenya stress kan . . .Mau masuk Tanjung Rambotan aku . Ada lah jugak yang enak nya, cam ada makan-makan yang bos buat, main-main bowling dan macam-macam lagi lah. . .Meh nak upload gambo-gambo saat-saat manis, masam, yang sempat aku rakamkan;

    Ni la kije yang meloyakan tekak, key in datasheet staff . Erk!

    Lagi gambo memualkan kuasa limabelas. 

    Ni jem teruk time nak gi kije sejauh lebih kurang 10 KM kot .
    Pergh! Time ni memang panas betul hati gua, tapenah hadap jem kat JB, sekali kene satu accident, hambek, jem tak hengat! Tapi rasa nya time ni pon, ada hikmah nya Allah aturkan jem camni, pasal  pagi yang nak jem ni, aku overslept . Sedar-sedar je dah pukul 9 AM . Supposed to be aku masuk office kul 8.40 AM . So, bila ada jem camni, takda la obvious sgt alasan aku lambat masuk office sebab overslept, buleh jadikan jem sebagai main reason nape aku masuk office lambat. Kan? Buleh nampak tak permainan politik yang cuba aku tayangkan, .Keh keh. . 

    Then, bila ada orang tanya "Apsal lambat di?" Jadi aku buleh jawab dengan confident nya "Jem teruk tadi, ada DUA ACCIDENT", tak payah la nak jawab "Overslept" Alasan overslept tu sungguh biadap aku rasa, kan?. Tapi mujurlah takda sape pon yang tanya, pasal sume sedia maklum akan JEM teruk itu, sebab jem tu sampai depan office, buleh tengok kat tingkap office tu ha jem nya. Dan aku selamat sampai office pukul 10.30 AM . Erk! 


    Lain - lain sume nya kenangan manis je aku rasa, makan - makan

    Majlis perpisahan sambut Nadia, yang tengah tu nak benti dah. 
    Makan-makan kat Pizza Hut . Yang kanan sekali, Yana, kiri sekali Kak Ani . 
    Santik-santik diorang sume ni . Kan?

    Cukup sampai di sini saje experience yang aku nak bongkah kan di blog ini. . . ( padahal post ni lama gila dah jadik DRAFT, cume takda kesempatan nak post kan a.k.a tekan button "PUBLISH POST" ) HAHAHAA... Hari ini "9 MARCH 2012", baru datang balik mood nk meng update blog. ( mak aihh, amek masa SETENGAH TAHUN nk update blog, kalah amek master.. Keh keh keh. OK la tu, yang penting blog ni belum expired lagi dan aku masih buleh bertinta - tinta di sini hoi. 




    Renung-renungkan dan selamat beramal. Babai !











    . SOMEBODY is Leaving because RAMADHAN is Coming! .

    August 7, 2011


    Rasanya, masih be;lum telambat untuk aku mengucapkan;
    Salam Ramadhan kepada sume umat Islam!
    Fuuhhhh!! Fuhhh!! Banyak beno sarang lelabah kat blog gua ni, 
    Tanda gila lama gua tak jenguk ini blog 
    ( Berikut di atas adalah typical ayat blogger bila dah lama tak hapdet belog. Keh keh )


    Seriously rasa gila kekok nak menaip kat laptop ni,
    Maklumlah, lama beno rasa tak memegang yang namanya laptop .
    Since MY BOO DELL tu, 
    Jatuh "sakit gering" (Pekataan kamus dewan bahasa pustaka nih gua rasa), 
    Koma telantar kat hosptal, mood gua nak hapdet blog ni jadik hilang terus.
    Skill menulis blog pon dah hilang jugak gua rasa. 
    ( Ceh! macam ada skill menulis blog la sangat ko ni pon didi kan? )


    Currently, memakai laptop EMAK . . .Kekok rasa nya pakai ACER ;(
    ( Haha. . .Gila gedik, padahal takda beza pon. . . Keh3 )


    So that, lepas je merembat laptop EMAK ni,
    Try la jugak nak memupuk rasa nak memanja-manja kan entry blog,
    Tapi tak berjaya . * Memejam dua anak mata, tertunduk kecewa .


    Bulan Julai lepas pon SATU je yang gua sempat update,
    Tu pon entry yang "COPY PASTE" je. Keh keh.
    Nasib baik sempat jugak update SATU kan? So, takda la nampak pemalas sangat . Heh!
    Macam POYO-POYO plak aku rasa ayat aku nih. Ahhh . . .Gasak lah! 
    Macam ada plak orang yang nak hamek kisah nya weh ko update ke tak? ADK? ( Ada Diorang Kisah?? )

     
    Miss HIM damn much !! 


    Tapi nasib baik la ajal si DELL ni panjang lagi,
    Dan sangat bersyukur emakpapan (motherboard) dia tak corrupt.
    So takda la kene mahal sangat,
    Dan tak perlu la juga gua nak membeli latop BARU . . . Pheww~

    Lastly, Happy Fasting . . .
    Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang 
    penuh makna dan terbaik dari yang sebelumnya.
    Amin !





    P/S : Kalau aku cakap nak ENGKO, aku nak jugak la weh . Tak kira. Tunggu aku bawak LORI nanti datang sana hamek ENGKO ek. Tunggu ok . Tunggu! Duk dendiam kat situ, jangan gi memana . Heh!




    . Gunakan seluruh pancaindera .

    July 25, 2011

    Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

     
    Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


    Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

    1. .Bersahaja 
    Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita. 

    2. Senang bersama
    Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

    3. Terima kita seadanya
    Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

    4. Sentiasa jujur
    Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

    5. Percaya Mempercayai
    Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

    6. Senang Bekerjasama
    Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

    7. Memahami diri kita
    Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

    8. Tampilkan kelemahan
    Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

    9. Kata hati
    Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

    10. Solat Istikharah dan Tawakkal 
    Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat


    . Wedding Bismihaikal & Wawa .

    June 27, 2011

    Sunday ; 12 JUNE 2011 .

    Erk! Benda dah lama berlalu pon nak  post jugak. Pedulik hape aku, aku memang suka post bende yang dah basi, sedap nya yogurt Bliss strawberi. Nom nom nom . Aritu aku gi wedding cousin aku. Dia ni antara cousin aku yang dalam categori handsome la . 

    Tu yang kemain semangat pegi jugak wedding dia, ha ha ha. Banyak gak gambo yang akak aku hamek kat camera dia . Jadik aku pon rembat je lah mana-mana yang aku rasa cam cun (tak cun pon buat-buat macam cun je lah), tempek kat blog aku terus. Keh keh.


    Haa. . .Tu dia sang penantin yang bagai pinang dikerat dua, manis sungguh! (manis nya kurma ini) Ha ha ha . Ohh! Hot gila diorang, pengsan jap aku tengok . Pas pengsan bangun balik nak amek gambo. Yang cousin aku tu nama dia Bismihaikal, wife dia nama wawa . Tak ingat lak aku nama penuh wife dia mende, Salwa, Wadina, Siti Nor Wawa ke, nanti gi tengok balik kad jemputan merahjambu dia tu. Tapi nama cousin aku ni unik munyik nya, BISMIHAIKAL . 

    Dulu masa zaman kekecik, suka beno aku ngejek nama dia, " Bismillahirrahmanirahim, sambil tangan rapat tadah tangan posisi tengah berdoa". Dia diam je tak melawan. Ohh! dah la handsome, tak melawan plak bila aku carik pasal, tu buat aku terjatuh hati doploh saat kat dia ni masa kekecik dulu . Muahehehee . . . ( Seb baik dia takda link blog aku, kalo tak kantoiii masa kecik-kecik dah gatai main jatuh-jatuh hati lak dah ) Keh keh .

    Owhh! Cantik nya set buffet dia, rasa nak curik buat main kawen-kawen kat rumah.  Muahehehe

    Taddaaaaaaa! Ni la kroni-kroni kami yang hadir untuk memeriah
    haruk pikuk kan mejlis kawen Ekal itu .

    Haha. . .suka gila gambo ni . Aku yang candid, kengkonon nya .
    Time ni akak bebel kat Al Amin sebab makan main-main, " Hep, makan betol-betol, kalau tak umi letak awak kat zoo kawan ngan monyet " . Then dia buat muka comel dia .  Cute! 

    Olololo. . .Ni sume kerenah anak sedara aku yang comel tahap gula-gula kapas gebu. Al Amin tu aku rasa  ada potensi untuk jadik jejaka handsome bila beso nanti. Sarah lak buleh masuk rancangan "USTAZAH PILIHAN" ( program realiti TV baru kat astro OASIS ) Keh keh 

    Cousin-cousin yang muda belia . Dari posisi kiri, ATIN, aku dan posisi dari sebelah kanan sekali IQAH . Pilih-pilih . Yang kiri sekali tu, mama papa dia ada BMW 5 series woo! 
    ( Gila jakun aku ngan harta orang lain ) Sape-sape agak bekenan sila PM aku ye ;)

    Sape bekenan ngan budak kecik ni pon buleh PM aku . . . Keh keh


    With my beloved sis. Kemain lagi dia, gila kurus sekarang pasang badan,
    kalah adik dia yang belum kawen lagi ni . Stress plak aku, ha ha ha


    Lokasi: Bilik penantin . Kak ija, kot ye pon geram beno ngan Sarah, 
    jangan lah picit dagu dia sampai cenggitu sekali . 
    Naik teleng patpuluhlima darjah kepala budak kecik tu aku tengok . Ha ha ha


    Alah! Nyampah beno aku rasa kalau begambo ngan orang yang santik-santik ni,
    confirm aku yang paling buruk .  Erk!


    Iqah, mende tompang-tompang letak dagu kat bahu aku ni?
    Berat la weh, shohh! shohh! Muahehehe

    Weee. . .Happy family! 

    Ni plak family Kak Yan, kakak si Bismihaikal . Anak dia nama Mia  ( Awek Al Amin! Hahaha )

    JAYBEE, Peace yoww! Kak Ija with her beloved husband . 

    Hoiii !! Buat mende ni weh? Saba-saba. . .
    Ni kan public, kot ye pon tunggu balik rumah nanti ek? Muahehehe


    Ohh ya! Ada orang kata aku pakai selipa merah ni, nampak beno yang kaki aku hitam . Eh, bio le! AAK? Kalau kaki aku nak nampak hitam sama kaler ngan rambut aku pon, aku tak kisah la weh . Yang penting hati tak hitam . Keh keh . Tapi macam tak sesuai je gi kenduri kawen pakai selipa . 


    Alahh, gasak lah! Yang penting selipa ni selesa gila, dah setaun aku pakai okeyh. Tahan plak, beli kat Padini Authentics je. Murah ok, tak sampai reratus pon . Pasni nak beli lagi selipa dia kat situ lah . Eh, tak masal promote selipa plak kat sini .  .

    Time ni penantin tengah sibuk makan bedamai ( Eh, tingat plak rumah kat Alam Damai )
    Kitorang pinjam pelamin buat begambo jap.

    Taadaaa! Emas-emas . Buleh plak ada orang jual emas kat kenduri kawen camni . Keh keh 
    Pilih-pilih, sape bekenan, bagi addres . Aku pos catalog kat umah ye nanti .  

    Dengan atok tersayang . Kecik nya atok .
    " Nak amek sikit daging terlebih kat badan orang ni tak tok? " Keh keh


    Begambo dengan Puan Wawa . Bestnya kawen . Nak jugakk! >.<

    Nak balik dah . Comel nya Al Amin bejalan dengan ayah dia .  
    "Ayah, I can walk by myself lahh"

    Tengok sume orang pon dah kawen, gatai plak rasa hati gua ni nak kawen. Heh! Cousin-cousin, kawan-kawan yang lebih kurang sebaya umur ngan aku sume nya pon pakat dah kawen, dah tunang . Adeh! besh nya la rasa . Erk! Apsal tetiba aku jadik "miang merela" sangat ni? (*betul ke ntah loghat orang utara nya eja ni, tibai je lah! ). Semalam aku duk borak-borak dengan ayah, beh kurang camni bunyik perborakan kami:


    Ayah : Cane keje, ok? Agak-agak nak practical situ ke nanti?

    Adik  : OK je . Tak nak la practical situ, nak carik kat KL kot . Company yang
             establish, gaji yang lagi masyuk, buleh terus serap keje pas grad nanti

    Ayah : Keje kat KLCC la, tempat abang .

    Adik : Hahaha ( Tergelak besar aku ). Ingat senang-senang ke ayah nak dapat
             keje situ? Hmmm ( Tapi dalam hati ni melonjak-lonjak, nak jugak! Kalau
             dapat bestnya . Amin! ) Tapi adik ingat nak sambung MASTER je lah kot dulu .

    Ayah : Eh, taknak KAWEN ke? ( Nada serius . Muka serius kuasa dua )

    Adik : *Speechless* ( Halamak, tak penah-penah ayah tanya soalan cenggini beb !
            Teruja kejap aku, tekebil-kebil, kelip-kelip mata sambil senyum-senyum
             kambing buat muka gatai . Keh keh ) 

    Akak : HAHAHAAA ( Gelak besar-besar, kuat-kuat ) Jawab diikk, ayah dah tanya
             SOALAN CEPUMAS tu haaa?? ( Eh, tetiba lak ko ni kak masuk dalam
             perbualan serius aku ngan ayah, shohh! shohh! Keh keh )

    Adik : HAHAHAHAA. . .( Aku plak gelak gemuk-gemuk ) Kawen dengan MASTER je lah
           kot ayahh. . . ( Ayat kene buat-buat pasrah sikit, kot ayah ada nak recommend 
           calon-calon menantu ke. Awww! Lalala. . .Ahh! ayah tak sabar nak 
           tengok cucu-cucu dia berhidung mancung leteewww! Kah kah kah ) Alahh, 
           rilek la ayah, mak pon kawen umur 25, kan? 26 baru ada anak sorang . 
           Sampai seru nanti ada lah . ( Ceh! Takleh blah . Jawapan nak cover-cover 
           ala-ala artis, Keh keh )  


    Serius lah, memang speechless abeh bila ayah tanya bab KAWEN ni beb! Tak penah topic perbualan kami kearah itu. Keh keh . Membuat kan aku terfikir jalan hidup aku masa akan datang ( Erk! Baru nak pikir ke? Heh! ). Ohh ya! Aritu ada tengok sorang photographer ni . Memang style gila dia hamek gambo kawen kawan aku . Minat betul aku tengok ( Gila berangan + overconfidence, sampai tahap dah usha photographer bagai ). Muahaha. . . KLIK SINI kalau nak tengok jugak photogrpaher tu . Menawan! Babai .







    Adeh! : Buleh plak CHARGER phone aku tetinggal kat kampung . Phone plak abeh betri dah . Sengal nya ko ni didi . Tumbuk perut baru tau!