• Home
  • Who am I?
  • Facebook
  • Formspring
  • . segalanya berubah! .

    May 31, 2011

    Segalanya berubah bila trip sebenar nak gi KELANTAN, 
    berubah hanya ke KUALA LUMPUR yang bosan tu saje. Erk!
    Sebab? Cuti Kak Shie tak di approve. Hmm.
    Alasan cam aku tak buleh nak terima sangat. 
    Last minute kot jadik camtu. Double KECEWA Heh!


    Muka buat-buat excited nak pegi Kuala Lumpur.

    Nak pegi jugak KL tu pasal nak hanto TILAM kat umah sewa baru aku sem depan.
    Pasal nak bawak masuk tilam kat " JJE ***6 " tu memang tak muat la. Kan?
    Bawak kete ayah, beso sikit. Muat la tilam gemuk tu nak duduk golek-golek.

    Bosan gila. Aku memang malas-malas nak gi KL tu.
    Tapi mak ayah la sangat-sangat semangat nak gi hanto tilam tu. 
    Nak ganti percutian yang tak jadik letewww! Ha ha ha

    Tapi bila aku pikir-pikir balik, dah alang-alang aku ke KL,
    buleh pegi kenduri kawen NURUL IMANI FAUZI & KHAIRIL ASHRAF KARID. 
    Lagi besh! Double Yey! ( Senyum nampak gigi penuh ) J


    Apa sepah-sepah ni haa? Teruk . Mana tilam? Heh!


    Masa on the way tu, dah nak masuk high way,
    Tiba-tiba; " OMG !! halamak. . .Mak, ayah; konci rumah sewa tu tertinggal L"
    Erk! Terdiam semua. Heh! Terdiam bukan terhenti disitu. saje ye 


    Memang sepanjang nak patah balik amek konci tu,
    Dang! Dang! Dang! Aku kene bebel teruk sebab; CARELESS!
    Ye, ye . Aku admit, memang aku careless. 
    Hmmm ;| I'm sorry mak, ayah; 
    ( Macam diorang baca blog aku pon duk mintak mahap kat sini, keh keh ) 


    Sume ko la nya pasal ni. Kan aku dah kene bebel ;|


    Sebat Maggi makan dalam kereta pon style jugak! layann. . .

    Ayah benti isi minyak, aku sempat paw mak maggi. Maggi pon Maggi lah!
    Lapa tak hengat tahap langit ke doblas . Maybe penat sebab kene bebel tadi. Heh! 
    Siap dapat percuma majalah lagi. Boo! Tipu! Ok ok, bukan percuma la. 

    Mak duk beli majalah "FARDHU AIN" tu, nak suh aku baca.
    Motif mak beli majalah tu, nak bagi anak dia jadik muslimah solehah kot. 
    ( nampak sangat perangai teruk ) Adeh ;|
    Sorry mak, adik tak buleh membaca dalam kenderaan. Pening. 
    Heh.! ( Alasan lapok la didi woii )


    Hencik Maggi dan Cik Majalah. Nom nom nom!

    Sampai-sampai je rumah sewa tu,
    Semangat kami munggah barang-barang, ayah paling semangat dengan tilamnya tilamku.
    Tiba part nak bukak KONCI CARELESS tu ( konci plak yang kene careless, keh keh )
    Memang susah gila nak bukak tahap nak bukak PETI BESI duit JUTA-JUTA.

    Nak safety sangat, buat yang tekan-tekan password tu la bhaii~
    Baru nampak update. Senang gua nak guna. 
    Ini kalau orang nak terbuang AIR., dah terbuang dah. 
    Bukan setakat terbuang air. tapi TANAH, api angin sekali. ( TANAH? Hek hek >.< )

    Hati gua dah start getar-getar dah.
    Diorang buat box lock mende ni? MENYUSAHKAN ok. Sangat!
    Memang Safety, tapi menyusahkan nak bukak. Tak USER FRIENDLY langsung!
    Godeh punya godeh, sekali; "PRAKKKK !! Konci PATAH ! Adeh! Masalah lagi .



    Konci duplicate yang tak berguna. Totally HAMPEH !


    Carik phone no UNCLE OWNER dalam phonebook aku. Takda.
    Nak mintak phone no UNCLE OWNER kat housemate, satu lagi masalah besar. 
    Masing-masing simpan phone bawah tilam gaknya. Sume pakat takmo angkat call aku. 
    Bajet ada no tak kenal call nak ngorat korang ke wehh?? Angkat la phone tu woii. . .
    ( Saba didi . Maafkan mereka, biasalah cuti. Enset letak merata. Aku pon camtu jugak. Heh! )

    Dah dapat phone no UNCLE OWNER tu.
    Semangat call dia puluh-puluh kali . Tak angkat. Kecewa lagi . 
    Saba didi, orang berumur memang salu tido awal. Maafkan dia (suara detective conan) 
    Esok je la settle munggah-munggah ni . Balik rumah abang, rehat dulu. Yey!


    Esok pagi-pagi, uncle tu call . Gaduh-gaduh dengan dia kejap. 
    Malas gua nak layan lu apek . Petang nanti je kita settle .
    Gua Lapar! Nak gi kenduri kawen EIMAN lah, naik kete NISAH . Credit to my GPS !


    Yey! Sampai dah . Tangkap gamba syok sendiri kejap . Keh keh . 



    Nisah, Ashraf & Eiman, Aku yang gemuk . Erk!



    Nisah kroni Ashraf, Aku kroni Eiman . Ha ha ha



    With Nisah, friend since MAAHAD 



    The Bride and the Groom



    With Eiman yang santik!



    Ijan, Eiman, aku . Nurul je takda . Sob sob sob ;|



    Dengan Ijan yang somel . 
    Kemain putih lagi muka masing-masing kene cahaya. Keh keh



    Again. Syok gak lighting sini, Cerah sikit muka, pheewww~ 
    Kemain lagi posing, kalah penantin .


    Nak gamba sebelah penantin laki plak lah, Amek berkat. Hek hek



    Hep2! Jangan rapat-rapat sangat didi woii~



    Ijan's Crony . Tinggi nya mamat tu . >.< 


    Nota Kaki : Erk! Rasa nak sepuk-sepuk je sume muka aku dalam ni . 
    Apsal la gemuk sangat ko ni didi haa?



    Balik je dari pegi wedding eiman . 
    Jumpa itu Hencik apek owner settle pasal konci . Terlambat sikit, pasal sesat .
    80 MYR terbang, nasib baik tolak sewa rumah bulan ni . Hok hok.


    Selesai percutian " TAK DIRANCANG " saya .
    Segalanya berubah bila Kak Shie tak dapat cuti. Hmmm ;| 
    Sila jangan tanya cuti aku pegi kemana ok . Cuti tu apa? Heh!










    P/S : Esok start kerja . Yey! Padan muka pada Hencik Bosan, Selamat tinggal dan tata! J 

    . kurang upaya .

    May 28, 2011

    Ini 26 MEI 2011 punya cerita;

    .Jam dinding sponsor by Hencik Google .......


    Kurang sikit dari pukul 12, "dik, bawak atok gi makan kat kedai makan biasa tu" Tok Ja'po menyapa aku kat dapur yang sedang sibuk membasuh pinggan. " Makan je la kat rumah, kan orang DAH MASAK " ( keh keh keh, ni dialog rekaan tambahan, nak bagi sedap cerita ).

    Broomm! Broomm! memandu la aku pacuan empat roda menuju ke "Restoran Kene Singgah" (bukan nama sebenar). Ramai jugak kulihat manusia-manusia malas masak di situ ( tak termasuk aku. hek hek ) sedang khusyuk memilih lauk juadah untuk menjamu selera. "Ohh! sedap jugak kot makanan kat sini, sebab tu atok ajak aku makan sini" getus hatiku.

    Selesai melicinkan pinggan, atok melambai-lambai tangan tanda memanggil pekerja untuk datang mengira jumlah bil kami. Seorang pekerja lingkungan belia, mulut mengulom pen, tangan menggulung-gulung lengan baju membawa sekeping buku kecil. Gaya-gaya akak pekerja restoran. " Ni ikan KELI ke SEMBILANG? " tanya atok . " Eh atok ni nak ngorat akak gulung-gulung lengan baju ni ke? " getus hatiku.


    Erk! Beso nya ikan mamat topi ni dapat! *Speechless* 


    Kelihatan akak gulung lengan baju tu buat muka selamba badak je tak jawab soalan atok. "Eh akak ni, buat selamba bodoh je tak layan atok gua punya soalan. Kurang ajar sungguh nak main-main dengan  hati perasaan atok gua" getus hatiku yang dah nak mula panas suam-suam kuku.

    Mata aku memandang tajam terus ke anak mata akak pekerja tu, tanda marah tak puas hati tak jawab soalan atok. " Ikan KELI ke SEMBILANG? " aku cuba tolong ulangkan soalan atok dengan nada yang lebih kuat sikit ala-ala jerit marah sambil mulut mucung-mucung ke pinggan atok, mata masih memandang tajam lagi menuju ke kakak itu. Semua mata dalam kedai makan tu memandang ke meja kami sambil senyum-senyum. Damn! malunya.

    Dia menggeleng-geleng kepala, besar-besar kan biji mata, bukak-bukak mulut, kibas-kibas tangan kat telinga, gaya-gaya orang kurang upaya. "Ohh! Akak ni pon kurang pendengaran macam atok lah . Bisu plak . Sian."


     Ni apa? " A B C D " Tu pon tatau. Heh!


    Aku mula berfikir macam mana dua-dua orang kurang dengar ni nak berinteraksi. Atok mana masuk kelas bahasa isyarat. Dan aku yang buleh dengar dan cakap ni, macam mana plak aku nak translate ikan KELI dan SEMBILANG dalam bentuk bahasa isyarat kat akak tu? In fact, aku pon tatau bahasa isyarat. Heh! 

    Nasib baik akak pekerja lain datang memberi bantuan ala-ala gaya Ultraman. Moral of the story, jangan rasa bende macam ni tak penting. Kadang ia akan jadi penting dalam situasi-situasi begini. So, belajar la sign language ni untuk masa hadapan. J


    Haa. . .Atas tadi ABCD je, yang ni full version punya. Belajar2 !









    CURRENT MOOD: Happy School Holiday! Nak berjalan-jalan dengan FAMILY. Yeay! 

    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *Rimas. Tolong jangan nak nyemak-nyemak dalam hidup gua! Buleh kan?

    . f o b i a ! .

    May 27, 2011


    Arrghhh!! Please stay away from me!


    Semua orang mesti ada pengalaman NGERI masing-masing. Kan?
    Pengalaman tu mesti bawak kita jadi FOBIA. Kan?
    Contoh kene rompak ke, accident ke, lemas kat sungai ke, kene geget hanjing ke.

    Kalau semua orang ada pengalaman.
    Aku pon tak terlepas dari ada pengalaman yang tak besh tu jugak.
    Memang kalau ingat-ingat balik, YAAKKSSS !!

    Pernah dengar LINTAH ? Ok la, takpon "telinga lintah". Mesti penah denga kan?
    Hek! Mohong beno kalau tak penah dengar.
    Dan aku kalau dengar je mesti akan; Eeeewww!! Sangat GELI ok!



    Erkk! Tasuka. Tasuka dia.


    Sebab? Segalanya bermula masa aku darjah 2.
    Terjaga dari tido pukul 3 pagi,
    Sedar-sedar je. AAAaaAAaaa!!! Ada Hencik Lintah atas badan saya!!
    Saya telah ternoda dengan hencik lintah! Kuang haja.
    YAAKKSSSS kuasa lima belas!

    Seriously, since peristiwa tu.
    Jadik takut nak gi jungle tracking ke, gi sungai, gi sawah ke.
    Dan apa-apa yang berkaitan dengan lintah. I'm totally FOBIA with you!
    Tapi, takyah tunggu sawah la, kat rumah aku banyak je timbul lintah-lintah ni. Pelik. Kan?
    Mungkin kawasan lembab kot.

    Contohnya baru tadi. 
    Tengah nak mandi, ada lintah dekat bilik air. Ko buat apa kat situ haa? 
    Hoii. . .Aku nak mandi la. Nak skodeng I leteewwww! >.<
    Tak cukup ke masa darjah dua dolu-dolu tu haa??


    Hye awak! Cane la ko buleh bia je menatang tu duk kat atas muka ko haa? Haiish!


    Tapi geli-geli lintah ni pon. Mende ni ada faedah-faedah nya jugak.
    Sume dah sedia maklum dah aku rasa. Kan?
    Dah tau pon, aku nak share jugak kat sini. 
    Peduli hape aku. Eh, blog aku, ikut suka aku la. ( Eh, emo plak. He he)



    Sini-sini. Baca kat sini kebaikan menatang ni;
    1. Muka-Sinus, Jerawat, Sakit kepala, Migrain.
    2. Kawasan Telinga-Telinga bernanah, telinga berdesing, sakit telinga.
    3. Kawasan Mata-rabun, sakit mata, Glaucoma, mata terkenyit-kenyit.
    4. Leher-Darah Tinggi, Stroke.
    5. Belakang-Kencing manis, sakit belakang, sakit otot.
    6. Tulang belakang-sakit belakang kronik, slip disc.
    7. Lutut/sendi-Gout, sakit sendi, arthritis.
    8. Kulit-penyakit kulit, lebam-lebam,kayap.
    9. Dada-Sakit Jantung, Asthma.
    10. Perut-Gastrik, Batu Hempedu, Senggugut, penyakit berkaitan alat kelamin.
    11. Kaki/Tangan-kejang otot, lenguh-lenguh,kebas-kebas, Penyumbatan salur darah, luka tak sembuh dll.
    12. Lebam atau darah beku bawah kulit.
    13. Salur darah tersumbat-Varicose Vein .
    14. Luka lepas pembedahan jika darah bertakung.
    15. Mati pucuk atau lemah syahwat.




    p/s: Heh! Berbelas-belas mana pon la kebaikan ko ni lintah. 
    Mati hidup semula pon aku TAK AKAN suka kat ko. FOBIA ok!
    Jangan harap ko dapat naik-naik atas badan aku lagi ok. 
    YAKKSS lagi ! Tata lintah. Heh! 

    . s e l e s a ? .

    May 26, 2011

    Which one do you prefer? *sigh
             

    Ko selesa? Awak selesa? You selesa? Kamu selesa? Lu selesa? Heh. Macam-macam kata pengganti diri yang kita gunakan di zaman-zaman millennium ni untuk communicate dengan orang lain. Kan? Tapi, kata ganti diri yang macam mana kita lebih selesa gunakan bila bercakap dengan mak ayah, rakan-rakan, buah hati, lecturer, cikgu memasak, atok-atok, promoter kat kedai dan semua orang pon la.


    Bagi aku, semua nya pon aku penah guna untuk communicate, cuma depends on situation and orang yang kita bercakap tu je la. Kalau dengan rakan-rakan, lebih prefer "KO-AKU", mungkin lagi selesa kot nak berburak kalau pakai camtu plus nampak lebih bersahaja dan more natural. Tapi, macam aku cakap tadi, it depends. Ada jugak aku cakap dengan rakan-rakan yang pakai, "ORANG / KITA-AWAK". Ikut keselesaan. 

    "Them". . .ko-aku , orang/kita-"nama"


    Kalau orang tu lembut-lembut ayu sopan, takkan ko nak taram "KO-AKU" jugak. Kan? Kasar tu beb. Terkejut saraf-saraf kawan tu. Hek hek. Tapi kalau guna "saya" dengan diorang, tak penah kot. Salu kalau nak paling-paling sopan kucing pon, "ORANG or KITA" je la. Bahasa kan diri "DIDI" pon tak penah jugak. Ha ha. Penah try jugak dolu-dolu, tergelak terbahak-bahak guling-guling kat sofa, tercabut saluran trakea. Cam sengal itu . Hentikan la. Keh keh.


    Dan kalau orang yang lebih kurang umur dia ngan aku pon, bagi aku lagi selesa panggil nama je, tak payah nak kakak-kakak sangat la. Rasa macam ada gap. Kalau takda kakak kat depan tu, baru la rasa diri ni muda. Kan? ( Heh! perasan sungguh. ) Tapi nak panggil kakak pon buleh jugak, suka jugak aku. Terasa diri ini matang dan dihormati sebagai orang yang lebih dewasa. Auuwww! >.<



    Ko jangan la kacau kak. Adik nak makan ni. Hikhik! "


    Kalau dengan family, biasa kita ada nama timang-timangan kan? ( gedik haaiihh! ). Kalau cam aku dengan family biasa bahasa kan diri "ADIK". Ha ha ( Hailaa, hailaa. . .gedik sungguh. Kan? ). Sampai kadang mak ayah tanya, sampai bila la nak panggil adik ni?. Sampai akhir hayat, wahai mak, ayah. Tak nak panggil lain dah, unless kalau mak ayah buleh bagi saya sorang adik bongsu bawah saya ni, then no more panggil "adik-adik" dah. Buleh? Memang tak dapat la kan? Har har har.


    Dan bila dengan lecturer or orang yang lebih tua dari aku, biasa nya aku lebih prefer "saya" je. Lebih sopan dan nampak formal sikit kot. Kan? The point is, aku memang jarang guna "YOU-I" dalam relationship. Heh! Actually bukan jarang la, memang tak pernah kot. Biasa guna "AWAK-ORANG" je. Ntah. Lebih selesa camtu kot. Bila dengar orang-orang guna "YOU-I" ni, rasa cam meremang plak bulu tengkuk . Kolot kan aku ni? So outdated. ( Come on la didi, please UP-TO-DATE la, kita dah nak menuju ke wawasan 2020 dah ni. "KG" sungguh la ko ni. Hew hew hew ). 



    "Awak rasa awak hebat sangat la kan nak buat camni kat orang?" Heh!

    Ha ha ha. . . ( *Dasar suka gelak! ) Tapi baru-baru ni TERjebak jugak aku duk guna "I-YOU" ni. Eeeeww!! Macam gedik-gedik geli je rasa diriku ni. Serius ia memang jadi satu ketidakselesaan. Tak reti ok. Rasa macam ada lappy je duk melekat kat mulut ni ( budak IT kata, bagi contoh pon nak IT gadget jugak, takleh blah! ). Ha ha ha. 


    Memang asek duk tersasul "ORANG-AWAK" je. Pape pon, memang aku rasa lagi selesa guna "ORANG -AWAK" rather than "I-YOU". Cam terlalu elegant haiih bagi aku guna "I-YOU". Bagi aku la, orang lain sangat la OK je. Kan? Kalau dah mulut "KG" tu, "KG" jugak la didi. Ha ha. Macam aku cakap mula-mula tadi, depends atas orang la kan selesa nak guna yang macam-macam mana pon. 





    Haa. . .Nak ganas sikit, aku guna jugak "LU-GUA". Baru nampak gua ni otai-otai ganas beb. Kan? Ha ha. Guna "LU-GUA" ni salu bila time dengan kawan-kawan MOUSEHUNT (game kat faceebok) je kot. Nak nampak lebih COOL dan SEMPOI bila berGAMING katakan. ( Heh! Poyo lagik ). Kadang guna jugak bila time panas hati. Heh! 


    Bila dalam menulis blog plak, ( aceceh, ni aktiviti baru-baru je lagi ) aku lebih selesa guna "AKU" lah. Nak gedik-gedik sopan sikit pon, guna "SAYA". Lebih mudah untuk aku nak menginterpretasikan ( ada ek word ni? Tibai je lah ) cerita-cerita dalam blog ini. In short, apa pon ganti diri yang kita gunakan, depend on situation dan orang yang kita nak bercakap tu la. Ikut keselesaan masing-masing. Kan? Sekian J 








    p/s: Memang tak membantu. Menyesal. Kecewa. Gua takesah la beb. Erk !