• Home
  • Who am I?
  • Facebook
  • Formspring
  • i ' m L a z y !

    March 27, 2011

    Malas nya nak balik hostel !
    Malas nya nak buat assignment!
    Malas nya nak ngadap kolej yang buhsan tu!

    malas . malas . malas

    hmm..betul ke orang berjaya tak buleh malas..
    ke orang malas tak buleh berjaya..
    alaaa..malas nya nak fikir..lalalala~

    I ' m I T P r o f e s s i o n a l

    March 26, 2011
    Dulu masa kecik-kecik, bila cikgu tanya, semua orang tanya, 


    "dah besar awak nak jadik apa hidayah?" jawapan biasa aku adalah "nak jadik DOCTOR cikgu" 


    ceh! gila confident kan masa kecik-kecik, bajet jadik doctor tu cam senang gila. Tapi memang senang pon bagi orang yang bijak pandai. kot! aku mungkin kureng sikit pasal dulu penah jatuh kat tangga kepala berlubang *errkk! alasan ok didi, kalau dah kureng, kureng jugak, takyah nak salahkan tangga* hahaa..


    But the point is, sekarang aku nak cakap, even masa kecik-kecik punya la cita-cita bagai nak jadik doctor bagai, tapi tak semua impian kita tu akan tercapai ok. Tapi ada jugak la impian masa aku tadika tercapai, bila orang tanya, 


    "nak belaja kat mana nanti dah besar?" aku dengan confident lagi sekali "kat UIA" 


    hahaa..tatau kenapa memang kecik-kecik dulu sangat obses dengan UIA, orang semua target nak belaja oversea, aku kat UIA je.hek! dan dapat jugak la masuk UIA tu kejap, even 2 tahun je pon. hey! 2 tahun tu sangat lama jugak ok! hahaa..siap jumpa kekasih hati lagi. Eeeww~


    Lahh..tak sampai lagi point aku, sebenanya nak cite sal sekarang je, aku tak pernah terlintas pon nak sambung belaja dan menjurus dalam bidang IT atau dengan lebih jelasnya dikenali sebagai "Information Technology" haaa..bagi besar sikit FONT dia, bangga tu. Even denga macam senang je, tapi sebenanya profession ini tak la semudah yang disangka ok! banyak bende yang kene explore sendiri dan tak akan dapat dengan setakat belajar dalam class saja. Dan sekarang juga, baru aku jelas dengan cita-cita, mission and aim nak jadik apa bila habis belaja ni, lambat kan aku ni?orang semua dah kerja, baru ko nak ada cita-cita. ish ish ish!! takpe, chaiyok2 didi~ *sigh*

    R a s a . I n g i n . M a h u .

    Rasa macam aku perlukan tempat untuk aku menulis, meluahkan, mengadu, melakar, mengongsi *ada ek word mengongsi* dan macam-macam "me" la yang ada dalam donia ni dan terdorong untuk aku mula buka blog secara senyap-senyap. Tak nak ada orang yang tahu, sebab biarlah tempat luahan aku jadik private aku sendiri. chewah!


    Ingin nak ada blog peribadi, lebih kurang macam diari la, sebab kadang-kadang tak dengan semua orang kita buleh bercerita tentang masalah kita, tak semua orang buleh nak denga masalah kita, kan? so menulis aku rasa jalan yang terbaik untuk meluahkan rasa tidak puas hati, geram, sedih, gembira, suka dan duka. Lama dah sebenanya ada niat nak buat blog, tapi bila nak fikir, "hmmm..nama apa nak bubuh untuk blog aku ni ek?" fikir nama punya fikir, "ahh..nanti la buat blog, susah pulak nak pikir nama ni" jadik bertangguh buat blog nya. OK, pastu dah ada nama plak, "hmm..template apa nak pakai untuk blog ni ek?tak too common sangat, taknak too simple sangat" carik template punya carik, "ahh..nanti la buat blog, banyak plak template yang ada ni, rambang mata!" tangguh lagi buat kali kedua. At last, berjaya jugak kuat kan semangat nak bukak blog, tu pon pakai angkut je ready template yang ada kat blog ni. yeah! my official blog :


    b u n d l e o f s t o r y 



    Mahu mencari ruang untuk diri sendiri memuhasabah diri dengan menggunakan alternatif yang agak menarik melalui penulisan blog disamping memantapkan gaya bahasa karangan, lama rasa tak menulis karangan since SPM. kot! ehh..nak tulis mende lagi ni, lost of idea! sampai sini je kot. Jumpa lagi di lain entry. Alamak! tak balance la plak paragraph ni. Yang kedua tu terover panjang plak. Takpela, first time menulis, ok la kot ni. Semoga aku rajin la mengupdate ini blog. amin!