• Home
  • Who am I?
  • Facebook
  • Formspring
  • . e x c i t e d ! .

    April 28, 2011




    Weee. . .Arini gi shopping stationary untuk PEPERIKSAAN AKHIRLama dah tak rasa excited camni, kalah rasa nak amek SPM ok! List stationary seperti pemadam exam grade, pen biru dua batang (*tamak), pembaris, liquid paper, ubat pensel, dan ubat stapler.



    Didi, ohh didi. . .
    Ubat stapler takyah beli lah,
    Diorang nanti bagi hencik benang, alaaa. . .dah terbeli dah pon ;|
    Takpela. simpan je benang tu buat jahit baju raya,
    Saya ada hencik stapler ok. . . pheww~


    Didi ohh didi. . .
    Awak ingat pakai pen JURUTERBANG ( Pilot ), 
    Awak buleh tulis laju laju macam kapal terbang lah?
    Takpela pasni nak pakai pen STEWARDESS plak, 
    Baru tulisan cantik cam stewardess. Eeewww!!! 



    Beli mende mende ni sume kat tepi 7E je, Nama kedai tu "CEKAL"Ceh! Nama kedai yang sungguh bermotivasi ok. Semoga aku pon bermotivasi cam nama kedai tu jugak untuk jawab Final Exam ni. Chaiyok didi ! Chaiyok rakan rakan! ~ J

    . T h e M o s t P o w e r f u l o f D u a .

    April 26, 2011


    “Kita kene sentiasa rapatkan diri dengan Allah, barulah Allah mudah kan segalanya”


    Mak ayah salu pesan cam ayat kat atas tu kat aku, lagi lagi sempena musim musim exam camni; Banyak amalan amalan yang mak ayah pesan suruh buat, tapi tak semua bekesempatan nak amalkan. Huk huk huk. . . Antara nya yang suka untuk dishare dengan semua orang adalah bacaan SURAH YAASEEN. 


    Banyak hikmah dan fadhilat kalau kita betul betul yakin dan amalkan surah ni dengan consistent. Antaranya, buleh menenangkan hati ketika runsing, kita buleh mintak hajat dekat Allah. Yang mak ayah ajar dan sentiasa suruh kami adik beradik jadikan amalan ialah lintaskan dalam hati, untuk mintak hajat kita kat setiap 7 MUBIN. Camni;



    Mubin yang pertama; ayat ke-12


    Mubin yang kedua; ayat ke-17


    Mubin yang ketiga; ayat ke-24


    Mubin yang keempat; ayat ke-47


    Mubin yang kelima; ayat ke-60


    Mubin yang keenam; ayat ke-69


    Mubin yang ketujuh dan terakhir dalam Surah Yaseen; ayat ke-77


    Selain tu, kat ayat ke-58 juga ni pon buleh kita ulang 3 kali dan mintak hajat;


    Dan juga pada ayat ke-82 ni;


    Dan lintaskan hajat kita kat setiap Mubin kat atas ni dengan yakin dan consistent, insyaAllah Allah akan makbulkan tiap yang kita hajatkan. In fact, Surah Yaseen ni bukan untuk kita menenangkan hati dan makbulkan hajat kita sahaja, fadhilat fadhilat lain buleh baca kat sini.

      Lepas dah baca semua 7 Mubin tu, bacala Doa Yaasin. InsyaAllah, apabila kita lakukan seperti kat atas ni, Allah akan memelihara diri kita dari gangguan manusia, jin dan syaitan. Bagi mereka yang di dalam keadaan tenat, Allah akan mententeramkannya, menenangkan hati, dan makbulkan hajat yang dihajati. Sama samalah kita amalkan Surah Yaseen ni dan mendapat fadhilat daripadanya. Semoga entry kali ni, sedikit sebanyak dapat memberi ilmu untuk kita bersama. Amin, InsyaAllah! Dan sesungguhnya;





      SURAH YASEEN is the MOST POWERFUL of DUA

      . b e r t a h a n ! .

      April 25, 2011



      Ok, post hari ini benda serious, bukan main main, bukan pasal KLCC ( previous entry ), bukan pasal kucing. Nak update pasal timetable FINAL EXAM ! dushh !!! Dah nak dekat exam la didi ! Assignment tak habis habis buat lagi, exam lagi bape hari je. Study tak mula lagi. Jadual exam lebih kurang camni rupa dia:

            3 MAY 2011 : World Trade
                    9 MAY 2011 : System Connectivity
                 10 MAY 2011 : Database System

      Persoalan nya, bila nak start study ni? Bila nak habis buat assignment ni? World Trade nya assignment pon tak mula lagi, exam dia dah say HELLO HELLO kat aku. 1st paper pulak! dush dush dush lagi !!! Ok, keep focus didi, no more ENJOY, no more MUKABUKU, no more BLOGGING, no more STALKING (hahaha. . .current hobby).

      “Mampukah aku study dan settle kan sume assignment dalam masa bape hari saje lagi ni?” Hidayah Abdullah bertanya.

      “. . . . . . . . . . . . .” Jawab kamu kamu .



      Seriously, MAMPUKAH???



      Ya, ya. .aku juga tau lagu " KAU BOLEH! " itu. Favourite song aku masa kecik-kecik dulu ok.
      Material banyak ni. . .maka, haruslah berusaha!



      Kepada rakan-rakan seperjuangan. . .
      "SELAMAT NASIB!"
      ( Good Luck ! )


      Kepada rakan-rakan yang takda exam,
      "JELESNYAA AKUU!! maka GOOD EVENING sahaja kepada korang"





      Kepada NORHIDAYAH HJ. ABDULLAH, sila SEDAR!

      . m a r a h ! .

      April 23, 2011

      Gambar takda kaitan dengan kejadian, 
      cuma nak tunjuk muka yang sangat buruk bila marah.. grrr!!


      Serius, hari ini aku memang sangat marah dengan sorang hamba Allah ni. Mesej ko pagi tadi memang buat aku hangin satu badan ok!

      "Ko ingat ko KAYA, ko buleh buat keputusan pape, senang senang ikot kepala ko??"
      "Ko ingat ko HOT sangat ke sampai nak buat orang camtu, haa??"

      Memang ko tak buleh pikir perasaan orang lain ek? Memang ko di lahirkan untuk jadi seorang yang BIADAP ek? *betul ke eja biadap camtu, ke biadab. Pape je la, yang penting muka ko memang MUKA NAK MINTAK PELEMPANG!! Aku dengan stress nak EXAM dan ASSIGNMENT yang tak putus putus macam jem kat MRR2 nya ni, ko lagi ada hati nak carik pasal ngan aku. Again, memang ko ni, MUKA NAK MINTAK PELEMPANG!! 


      Nasib baik la ayah main peranan sebagai seorang ayah dan pegawai psikologi nya untuk nasihat anak dia yang agak suam suam kuku hot temper nya ni. Dan nasib baik juga kuih kusoi yang mak buat pagi tadi sungguh sedap. So, tak jadi nak lempang muka ko. Dan sorry, masalah yang ko carik ngan aku ni, takda masa aku nak pikir sekarang. Lepas exam nanti baru aku pikir pikir kan (ikut nasihat ayah). Phhewww~


      Keep smiling DD, don't being angry because of that STUPID GIRL!
      p/s: sesungguhnya apabila kamu marah, ambil la wudu', dan sesungguhnya ia amat berkesan!

      . b u d u .

      April 22, 2011


      Tadi menu makan adalah seperti berikut; 
      nasik + ikan bakar + budu (limau, bawang, cili padi).
      Pergh! first time rasa, memang gila terbaik ok!
      Rupanya sedap jugak rasa budu kan, memang selama ni ingat rasa macam tak sedap.
      duk pikir "mende lah orang kelantan makan bende camni" ha ha ha (sorry Kelantanian!)
      Mungkin sebab mak yang bancuh dengan perisa perisa bawang, cili, limau kot,
      Tu yang tambah UMMPHH!!

      Har har har..tapi yang sengal nya tadi, lepas dah habis habis makan tadi, cakap kat mak:

                            adik : "pergh! sedap gila la cencalok ni, mak beli mana"?
                            mak : "mana cencalok?budu lah! ish ish ish" 
                            adik : "ek? mana kenal, nampak macam sama je." Kan?

      Pasni rasa, kalau ada orang bagi budu ke, memang aku grab terus, 
      tak kisah la makan dengan biskut ke, roti ke, kerepek ke, air sirap limau cincau soya ke,
      yang penting BUDU mak bancuh MEMANG LAYAN

      . b u l e h ? .

      April 21, 2011
      . Tanah . Air . Api . Angin .
      Pernah tak dengar orang tua tua dulu cakap pasal bende ni

      Tanah : anak sulung
          Air : anak kedua
          Api : anak ketiga
          Angin : anak keempat

      Dan ia akan berulang untuk adik beradik yang ramai. camni;

      Tanah : anak kelima
             Air : anak keenam
            Api : anak ketujuh
        Angin : anak kelapan

      Eh, dan ulang, dan ulang dan ulang lagi lah sampai adik beradik ke 26 setengah pon kalau ada. Panjang meleret la plak kan kalau nak di state kat sini semuanya, mau makan dua tiga muka surat.

      Ok, nak cerita petua atok ni sebenanya. Tiap kali cucu dia nak kawen, mesti timbul isu ni, walau pon nampak cam tahyul, tapi kadang kadang aku rasa ada betulnya. Orang kata la dia nya kaedah lebih kurang camni;


       +
      TANAH combination yang baik kalau dengan AIR (anak sulong ngan kedua) sebab kalau pikir ikot logik, ye jugak, tanah akan SUBUR kalau dapat air. Kan?



        + 
      Haa..combination yang kedua besh adalah API dengan AIR (anak kedua dan ketiga) sebab dari segi psychology nya, air buleh memadamkan api, so ada nampak keseimbangan di situ. Kan? 



      + 

      +

      Har har har..ni bukan suruh kawen lebih-lebih ok, tapi combination ANGIN pon aku tak berape nak pasti sangat, yang pasti angin tak berapa serasi dengan angin or api. Sebab, mungkin buleh pikir ikut logik akal kot, api kalau kene tiup angin, makin marak. Kan? Angin kalau dengan angin, huh! mau terbang ribut Tsunami dunia. Kan? Thus, kalau angin dengan AIR or TANAH, mungkin lebih ok. Kot! Angin tiup tanah, paling paling mata masuk habuk, kan? angin tiup air, jadik cam ala ala restoran yang ada "spray water cooling fan" tu, sejuk! Kan?

      The point is, buleh tak sekarang ni aku nak API(aku) combine with TANAH(kamu)? Ha ha ha..Tak kira, nak jugak. Tanah buleh je kan memadamkan api?Buleh je kan? Ha ha ha..Tapi nak cakap nya kat sini, tak kira la tanah ke, air ke, api ke, angin ke, kalau dah jodoh tak kemana. Jodoh pertemuan di tangan Allah. Kita merancang, Allah menentukan. Ini sekadar mitos orang dulu dulu saje yang menarik untuk di ketengahkan. 



      TANAH, im falling in LOVE with you! keh keh keh ;)

      . b a b y s i t t e r .

      April 14, 2011


      "Adik, minggu ni ada class lagi?" soalan abang yang ditujukan kat aku hari Rabu hari tu. Aku dengan sangat confident nya jawab la "takda dah, study week sekarang" bagi jawapan positif sebab ingat dia nak bawak jalan jalan pegi bercuti ke Bandung ke..Eeeww!

      "Tolong jaga Muhammad Irfan buleh?" soalan abang lagi sekali ditujukan kat aku. Erkk! dengan kata lain, aku kene jadik BABYSITTER ke?Hee..jaga diri sendiri pon belum tentu lepas, nak kene jaga anak orang. Tapi cuba je la, bila lagi nak carik experience camni sebelum kahwin. Kan?*wink wink

      Thursday, 14 April 2011;

      Bangun pagi pagi dengan semangat keazaman nak jadik BABYSITTER yang CEMERLANG & HOT! Irfan bangun dari pukul 4 lebih pagi lagi ok. Gila hebat, ayam pon baru bangun nak berus gigi, dia dah bangun dulu dari ayam. Semangat bersaing dengan ayam, go Irfan. Persaingan yang SIHAT! Sepemergian ayah dan umi Irfan, bermula la cuak aku. Schedule sebagai babysitter seperti di bawah:


      7.30 AM   : Bukak Youtube.com, Twinkle Twinkle Little Star Old MacDonald had a farm 
                       (Sweetkan dapat maksedara camni.) ha ha ha
      8.10 AM   : Suap Irfan makan bubur ayam & minum susu
      8.30 AM   : Irfan tido, Cu Ida buat case study McDonald
      12.00 PM : Irfan bangun (gila lama kan dia tido)
      12.30 PM : mandikan Irfan
      1.00 PM   : Suap makan lagi
      3.30 PM   : Aku plak mandi
      4.00 PM   : Solat Zohor (lambatnya weh! Dosa tau!) & bagi makan lagi
      5.00 PM   : Tido kan Irfan
      7.00 PM   : Solat Asar,eh! belum solat Asar lagi la aku (current time)


      ...gi solat kejap...


      7.40 PM   : Umi Ayah balik, yeay! :)
      7.41 PM   : Tamat riwayat pekerjaan babysitter! ...


      Nak cite sebenanya, time bagi Irfan makan, dia terantuk kat kusi, merah dah dahi dia, cuak kejap, gi call mak;


      adik : "mak, irfan nya kepala terantuk, merah dah, cane ni?"
      mak : "gi carik MINYAK MESTIKA! tuam kat kepala dia"


      Punya la cuak, carik carik minyak tu tak jumpa, hadoii~ At last, jumpa jugak dan dengan semangat nya menuam kepala Irfan. Alhamdulillah merah sempat hilang before umi ayah balik kije. Masa aku nak mandi plak, memang lawak. Bubuh Irfan kat walker, dan tiap minit rasa nya aku duk bukak pintu toilet, tanya:


      "Muhammad Irfan, awak ok?" mandi mandi lagi, bukak pintu toilet, tanya lagi: "Muhammad Irfan, awak ok?"  


      Haha. Macam macam. Begitu la al kisah seorang Babysitter. Semoga experience yang aku dapat ni buleh guna di masa akan datang, insyaAllah :)


      hehee..gila comel, teruja tengok lagu twinkle twinkle little star~


      olololo..im gonna mish you budak dobot!


      tengok, kertas case study pon dah renyuk! heee


      hoho..sempat ok buat assignment! 


      heee..geram! dobot. dobot. dobot!

      . hujan | DIA .

      April 11, 2011
      Memang hari ni rasa nak menyumpah nyumpah! %$#$@$%#$ di minggu minggu yang penat dan lelah ni, memang aku tak buleh la hidup tanpa DIA ok. again, TAK BULEH! Dah la keje memang dah semak kat kepala, tambah plak benda benda yang aku tak jangka, orang lain yang punya masalah, aku pon turut sama jadik SUSAH! damn! takpe didi,


      "Hari ini hari dia, esok lusa kita tak tahu, mungkin hari kita plak. kan?" 


      Nak jadik ceritanya, hari ini ada present SYSTEM DATABASE, yeay! saya suka sama kamu present! Ia  hebat! 


      "kekuatan kamu pada system!" 


      Ayat madam yang besh aku dengar tadi.  Sangat suka sama kamu system! Ok, habis cerita besh pasal present System Database yang hebat. 9/10 ok mark for system. again, yeay!


      . happy ending .


      Habis present aku jadik blur, tatau nak pegi mana. Nak kene settle Research Method before 6.30. Kalau mampu. Tapi rasa kemampuan diri macam tak tercapai. Nak balik, jam dah pukul 3, DIA dah la takda, memang aku tak mampu buat keje dengan efficient tanpa DIA. Decide nak stay kat kolej je settle kan Research Method, tapi macam tak buleh, batery lappy ada lebih kurang 60% sahaja. Tapi kuat kan je semangat duduk kat VISITOR AREA. baru duduk 5 minit, kene halau. damn! Awak kene balik jugak didi, takda pilihan lain.


      Langit menangis ;|



      Dengan hati yang penuh mendung macam langit waktu tu, balik la aku tanpa DIA. Letih ok! dah la letih, turun turun train, tengah tengah jalan, LANGIT MENANGIS ;| ya Allah! basah semua ;| sedihnya hidup tanpa DIA ;| bukan tak biasa hidup susah, tapi memang dah biasa hidup dengan DIA. lagi lagi di minggu yang penuh busy ini. Nak DIA balik ok!


      . sad ending .


      DIA bukan gambar sebenar. Nak DIA balik ;|

      . I'm single because God is busy writing the best love story for me .

      April 10, 2011
      Sangat suka dengan this quote, nak ulang lagi:


      "I'm single because God is busy writing the best love story for me"


      Sejak akhir akhir ni, di musim musim minggu yang busy, penat, letih, lesu dan sewaktu denganya, aku jadik macam depress dan macam;


      "ya Allah, alangkah indahnya la kalau ada boyfriend" hahaa..Sounds like desperate kan? tapi serius, rasa tertekan bila kene tanggung sorang sorang, bila takda orang yang macam buleh membantu dalam  menyenangkan serba sedikit hidup ni, rasa perlukan kata kata semangat dari seseorang dan memang rasa macam dah tak tertanggung ok sekarang.  Nasib baik ada blog ni, buleh la merapu lebih sikit. Dan mula pujuk la diri dengan quote ini, lagi sekali:


      "I'm single because God is busy writing the best love story for me"

      InsyaAllah, setiap yang Allah aturkan untuk kita ni semua, ada hikmahnya. kan? Semoga Allah aturkan yang terbaik untuk diri aku juga, Amin!


      . ohhh B E R A T ! .

      April 7, 2011



      Krok! Krok! Krok! (bunyik perut),
      "korang, gila lapar nak makan kat mana ni?" 
      ayat biasa kitorang kalau dah abeh class or ada gap class.

      Decide gi makan kat Warisan Santai (Tesco),
      teruja nak makan pasal selalu tengok kedai tu ramai manusia,
      macam sedap je!

                       Tunggu tempat duduk : 15 minit
                       Order makan                 : nasik goreng daging pedas (tapi tak pedas pon) ; 30 minit
                       Order minum                 : air nescafe "O" ais; 10 minit
                       Total price                      : RM 10.20 (damn! mahal gila! taknak makan situ lagi dah)

                       Next destination          : timbang badan
                       Price                               : 20 cents


      weight: 54Kg! (damn!! aku dengan siti terkejut serentak)
      naik 2Kg ok! ;|
      tapi takpe, baru lepas makan kan (alasan!)
      To sum up: you should DIET didi~ chaiyok!