• Home
  • Who am I?
  • Facebook
  • Formspring
  • . The Sunnah .

    May 20, 2011

    Yeay! Salam Hari Jumaat. Sebut Jumaat je, mesti aku biasanya akan tengok kuku panjang ke tak. Kalau panjang, sepantas kilat aku akan amek konci kereta. Heh! Bukan nak drive pegi manicure ok, cuma cepit kuku tu duduk serangkai sekali ngan konci kereta je. Tu yang sepantas kilat mencari konci kereta bila kuku sudah panjang berjela macam hantu kum kum. Rasanya semua orang pon tau hari-hari yang sunat untuk kita memotong kuku. Kan? Tapi rasanya tak semua orang concern dengan hikmah kalau kita elak kan kerat kuku pada hari-hari yang tak sepatutnya.  


    Aku pon sebenarnya baru 3 taun lepas je tau dengan detail pasal akibat-akibat kalau potong kuku ikut suka je hari pape ni. Sian kan sebab baru tau? Tu pon sebab 3 taun yang lepas, sedang aku berjalan-jalan, tetiba ada budak kecik yang comot menghulur sekeping kad dengan harapan nak suruh aku bayar seikhlas hati untuk dapatkan kad dia tu ( Semua orang pon mesti biasa lalu situasi ni. Kan? ) Dengan 1 hengget yang aku bagi kat budak tu, dapat la aku kad tadi tu yang bertajuk "Sunah-Sunah Memotong Kuku". 

    Memang sebelum-sebelum ni aku ingat, potong ikut hari-hari yang sunat tu dapat pahala dan kalau potong ikut hari pape yang lain pon takpe. Tapi sebenarnya mengikut hadis Rasulullah S.A.W, hari-hari nak memotong kuku ni, ada fadhilat dan kesan masing-masing. Rasulullah S.A.W Bersabda, yang bermaksud barang siapa yang mengerat kukunya pada ;   


    Hari Sabtu   : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya 
                                   penyakit.  
    Hari Ahad    : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.  
    Hari Isnin    : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat. 
    Hari Selasa  : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
    Hari Rabu    : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
    Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh 
                                  dari penyakit. 
    Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh 
                                  ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala



    Ni plak cara memotong kuku mengikut Sunah. 


    In fact, kuku panjang ni mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli ( Erk! Semacam je nama kuman ni, hehe ). Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Tu tak masuk lagi yang korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya. Kan? Hence, sentiasalah kita mengontotkan kuku untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. 

    Selamat Hari Jumaat. Selamat Memendekan Kuku J