• Home
  • Who am I?
  • Facebook
  • Formspring
  • . s e l e s a ? .

    May 26, 2011

    Which one do you prefer? *sigh
             

    Ko selesa? Awak selesa? You selesa? Kamu selesa? Lu selesa? Heh. Macam-macam kata pengganti diri yang kita gunakan di zaman-zaman millennium ni untuk communicate dengan orang lain. Kan? Tapi, kata ganti diri yang macam mana kita lebih selesa gunakan bila bercakap dengan mak ayah, rakan-rakan, buah hati, lecturer, cikgu memasak, atok-atok, promoter kat kedai dan semua orang pon la.


    Bagi aku, semua nya pon aku penah guna untuk communicate, cuma depends on situation and orang yang kita bercakap tu je la. Kalau dengan rakan-rakan, lebih prefer "KO-AKU", mungkin lagi selesa kot nak berburak kalau pakai camtu plus nampak lebih bersahaja dan more natural. Tapi, macam aku cakap tadi, it depends. Ada jugak aku cakap dengan rakan-rakan yang pakai, "ORANG / KITA-AWAK". Ikut keselesaan. 

    "Them". . .ko-aku , orang/kita-"nama"


    Kalau orang tu lembut-lembut ayu sopan, takkan ko nak taram "KO-AKU" jugak. Kan? Kasar tu beb. Terkejut saraf-saraf kawan tu. Hek hek. Tapi kalau guna "saya" dengan diorang, tak penah kot. Salu kalau nak paling-paling sopan kucing pon, "ORANG or KITA" je la. Bahasa kan diri "DIDI" pon tak penah jugak. Ha ha. Penah try jugak dolu-dolu, tergelak terbahak-bahak guling-guling kat sofa, tercabut saluran trakea. Cam sengal itu . Hentikan la. Keh keh.


    Dan kalau orang yang lebih kurang umur dia ngan aku pon, bagi aku lagi selesa panggil nama je, tak payah nak kakak-kakak sangat la. Rasa macam ada gap. Kalau takda kakak kat depan tu, baru la rasa diri ni muda. Kan? ( Heh! perasan sungguh. ) Tapi nak panggil kakak pon buleh jugak, suka jugak aku. Terasa diri ini matang dan dihormati sebagai orang yang lebih dewasa. Auuwww! >.<



    Ko jangan la kacau kak. Adik nak makan ni. Hikhik! "


    Kalau dengan family, biasa kita ada nama timang-timangan kan? ( gedik haaiihh! ). Kalau cam aku dengan family biasa bahasa kan diri "ADIK". Ha ha ( Hailaa, hailaa. . .gedik sungguh. Kan? ). Sampai kadang mak ayah tanya, sampai bila la nak panggil adik ni?. Sampai akhir hayat, wahai mak, ayah. Tak nak panggil lain dah, unless kalau mak ayah buleh bagi saya sorang adik bongsu bawah saya ni, then no more panggil "adik-adik" dah. Buleh? Memang tak dapat la kan? Har har har.


    Dan bila dengan lecturer or orang yang lebih tua dari aku, biasa nya aku lebih prefer "saya" je. Lebih sopan dan nampak formal sikit kot. Kan? The point is, aku memang jarang guna "YOU-I" dalam relationship. Heh! Actually bukan jarang la, memang tak pernah kot. Biasa guna "AWAK-ORANG" je. Ntah. Lebih selesa camtu kot. Bila dengar orang-orang guna "YOU-I" ni, rasa cam meremang plak bulu tengkuk . Kolot kan aku ni? So outdated. ( Come on la didi, please UP-TO-DATE la, kita dah nak menuju ke wawasan 2020 dah ni. "KG" sungguh la ko ni. Hew hew hew ). 



    "Awak rasa awak hebat sangat la kan nak buat camni kat orang?" Heh!

    Ha ha ha. . . ( *Dasar suka gelak! ) Tapi baru-baru ni TERjebak jugak aku duk guna "I-YOU" ni. Eeeeww!! Macam gedik-gedik geli je rasa diriku ni. Serius ia memang jadi satu ketidakselesaan. Tak reti ok. Rasa macam ada lappy je duk melekat kat mulut ni ( budak IT kata, bagi contoh pon nak IT gadget jugak, takleh blah! ). Ha ha ha. 


    Memang asek duk tersasul "ORANG-AWAK" je. Pape pon, memang aku rasa lagi selesa guna "ORANG -AWAK" rather than "I-YOU". Cam terlalu elegant haiih bagi aku guna "I-YOU". Bagi aku la, orang lain sangat la OK je. Kan? Kalau dah mulut "KG" tu, "KG" jugak la didi. Ha ha. Macam aku cakap mula-mula tadi, depends atas orang la kan selesa nak guna yang macam-macam mana pon. 





    Haa. . .Nak ganas sikit, aku guna jugak "LU-GUA". Baru nampak gua ni otai-otai ganas beb. Kan? Ha ha. Guna "LU-GUA" ni salu bila time dengan kawan-kawan MOUSEHUNT (game kat faceebok) je kot. Nak nampak lebih COOL dan SEMPOI bila berGAMING katakan. ( Heh! Poyo lagik ). Kadang guna jugak bila time panas hati. Heh! 


    Bila dalam menulis blog plak, ( aceceh, ni aktiviti baru-baru je lagi ) aku lebih selesa guna "AKU" lah. Nak gedik-gedik sopan sikit pon, guna "SAYA". Lebih mudah untuk aku nak menginterpretasikan ( ada ek word ni? Tibai je lah ) cerita-cerita dalam blog ini. In short, apa pon ganti diri yang kita gunakan, depend on situation dan orang yang kita nak bercakap tu la. Ikut keselesaan masing-masing. Kan? Sekian J 








    p/s: Memang tak membantu. Menyesal. Kecewa. Gua takesah la beb. Erk !