. Kem Guru-guru Taska Negeri Johor .
June 17, 2011
4 - 5 JUNE 2011 ; Saturday & Sunday .
Adeh! Malas betul mahu jaga kesihatan blog ni. Memandangkan broadband pon dah makin slow gila, so asek bertangguh je la update entry ni. Slow broadband tu dah macam kura-kura tahapnya, Heh! Aku rasa kura-kura pon buleh kecik hati lah dengan broadband tu, pasal broadband tu buleh lawan slow dia. Erk! Mende merapu kelaut pasal kekura plak nih. Heh!
So sekarang ini aku hanya mengupdate blog secara curik-curik dengan mengharap belas ehsan wifi office je la. OK, entry kali ni nak update pasal kem "Guru-guru Taska Negeri Johor". Taknak cite pape pon sebenanya, nak tempek beberapa gamba je kat sini. Mana tau kot-kot ada yang bekenan, berminat nak buat kem kat sini ke nanti. Buleh la hello-hello dengan pihak penaja . J
So sekarang ini aku hanya mengupdate blog secara curik-curik dengan mengharap belas ehsan wifi office je la. OK, entry kali ni nak update pasal kem "Guru-guru Taska Negeri Johor". Taknak cite pape pon sebenanya, nak tempek beberapa gamba je kat sini. Mana tau kot-kot ada yang bekenan, berminat nak buat kem kat sini ke nanti. Buleh la hello-hello dengan pihak penaja . J
![]() |
| Sesi registration, aku ingat nanti nak buatkan satu "Registration System" la untuk ayah, baru style! Nyeh nyeh |

Erk! buruknya . Tapi, AAK? Peduli hape aku, tempek jugak .
Bukannya nak masuk pertandingan blog Ratu Cantik pon. Keh keh

Pandai baca tak? Meh aku tolong bacakan bagi sape yang rabun-rabun badak tu. Atas Kiri tu logo kami . "PROGRAM LATIHAN DAN MOTIVASI PROFESIONAL KHAS GURU-GURU TASKA NEGERI JOHOR" Aku yg buat mende ni, gila burok-burok berok . Budak tadika buat lagi santik ok . Nak buat cane, ayah pon bagi arahan suh buat mende alah ni last minit, main taram je lah pape pon, janji hado! ( Alasan nak kencang . Heh! )
Icon Bismilliah tu aku buat dia buleh gerak-gerak tau, siap blink-blink lagi. Style! Amek dari google . ( Bende basic tak payah nak cerita didi, buat malu budak IT . Budak kat nursery umur tiga taun setengah tu pon pandai buat . Ha ha ) . Kalau ayah bitau awal-awal, mungkin buleh aku develop kan FLASH ke . Kan? Chewah!
OK, ni antara wajah para peserta (cikgu-cikgu). Cun-cun woo yang datang ni . Gamba kat atas ni sume time slot aku "Ujian Psikologi". Nampak? Diorang sume ketawa riang je kan? Tengok la sape yang handle . Bagi la badak kelabu kat aku suh handle slot pon, badak kelabu buleh ketawa riang jugak! ( Erk! Bongkaknya ayat . Ni la dia, Melayu mudah riak! Ha ha )
Warna-warni berdiri teguh sang khemah peserta .
Malam kitorang ada buat unggun, api bagi halau sang nyamuk . Shohh!! Shohh!!
OK, kami sangat menitik berat kan solat berjemaah dan diiringi sedikit tazkirah . Bawah tu plak, sesi riadah . Selalu kalau peserta tahap sekolah rendah & menengah, kami sajikan aktiviti-aktiviti kat tepi pantai . Memang terbaik!
Tapi ni tahap ada yang dah berumur, cam tak sesuai plak nak bawak ke sana, ada plak yang lerai lutut ngan kaki nanti . Keh keh . So yang kali ni punya buat aktiviti riadah kat kawasan kem saje . Credit to Fasi Amir. Dia fully handle aktiviti riadah ni . Aku tukang ngamek-ngamek gambo je .
Yeeehaaa!!! Aktiviti yang ni memang terbaik gila! Ni dalam slot aku . Berdiri atas telur . Menguji "level of confidence". Credit to ayah, sebab berjaya . Telur tak pecah sebijik pon . Yeah! Yang pakcik tengah tu cam dah MENURUN plak rupanya aku tengok, keh keh . Tapi dia tak berjaya, telur pecah di hujung tumit .
Budak kecik tu memang style, dua kali dia naik, pasal yang first tu aku tak sempat nak tangkap gambo dia, tu yang aku suh dia naik lagi kali kedua untuk aku amek gambo dia naik telur tu (Heh! sebenanya tak puas hati, saje nak uji dia suh naik banyak-banyak kali, haha) . Gila confident dia, alahh! budak kecik kan ringan, memang la . Haha (Takleh terima kenyataan) Budak tu seronok buat mende ni, kalau biarkan dia, mau lapanbelas kali dia pijak naik atas telur tu. Haha . Aku, cane? Takyah bubuh gambanya kat sini lah, nanti ada unsur-unsur riak plak. Keh keh
Yang ini pon best . Sehelai kertas, macam mana nak masuk dalam badan sume ahli kumpulan . Kertas ni idea lama dah aku rasa . Masa darjah dua dolu pergi kem pon aku dah penah buat . (Erk! Kecik-kecik dah kene hantar gi kem, nampak sangat nakalnya takleh nak dibendung, haha )
Tapi diorang jenuh jugak nak mikir buat mende tu, habis sebeban kertas diorang duk guna, tapi tak jadik-jadik jugak, bankrup la tokeh weh! Ha ha. Pastu lagi, aktiviti cane nak apungkan jarum atas air , apungkan batu guna kertas dan dirikan sebatang mancis . Kalau terer, gi la try . Ada Berani ka? Ha ha
Ni penceramah jemputan. Cantik ! Dah ada PHD keluaran dari UK . Single lagi ok J
Hai cikgu! Acara penyerahan sijil dan goody bag
Mari begambar beramai-ramai . Dalam sejarah, paling sikit penyertaan peserta. Sebenanya ramai yang dah anta nama, pastu last minit pengarah atas-atas ubah tarikh, terus sume tarik diri sebab ramai yang tak available pada 4 June ni, banyak kenduri kawen la . So ni , saje yang hado . Kecewa kami ! Hmmm. . .Dengan itu, tamatlah kem motivasi kali ini . Alhamdulillah, sume nya berjalan lancar. Keep it up ayah!
Gambar penutup 1 : Dengan anak sedara kuat nganga . Geram!
![]() |
| Gambar penutup 2 : Biasa lah, mak-mak, macik-macik kalau dah jumpa pokok bunga, tak hengat donia. Ha ha ha. Credit to mak . Hijau bunga mak dalam kamera memang naik seri lah! |
![]() |
| Gambar penutup 3 : Dan bermula lah, gamba-gamba seterusnya pon sume nak posing kat pokok bunga mak . Glamour kejap pokok bunga mak . Dah macam artis. Keh keh |
![]() |
| Gambar penutup 4 : Dan bila sarah dengan berjayanya dapat tarik spec Cu Ida dia . Tahniah sarah! |
| Gambar penutup 5 : Baju tajaan "Volunteering Comunity" |
| Gambar penutup 6 : Olololo. . .Comel nya budak-budak ni |
| Gambar penutup 7 : Selesai sumenya, balik yokkk!. |
![]() |
| Gambar penutup 8 : Sebelum tolong ayah mengemas, posing jap! |
![]() |
| Gambar penutup 9 : Ohh! Detik-detik bila tiba sifat rajin aku nak mengemas camni, MESTI DIRAKAMKAN ok! Keh keh . |
Eh OK, habis dah la cerita pasal kem untuk kali ini. Semoga kem-kem akan datang akan dapat diperbaiki supaya ianya lebih bertenaga dan menjadi yang terbaik! Amin, InsyaAllah! Sekian
Nota Tumit : Heh! Memang bunyik agak-agak kasar ek kalau pakai perkataan "LEMPANG"? Abeh nak pakai pekataan mende pasni . Cemolot buleh? Keh keh >.<











