. k a w a n : s a h a b a t .
April 2, 2011
Kawan dengan sahabat, bunyik macam sama kan?tapi pada aku lain. Sebab pada aku, kawan macam lebih kurang member-member, just setakat sua muka, cakap "hye weh", tapi sahabat pada aku orang yang susah senang sentiasa dengan kita. Buleh kata tido sebantal, kongsi problem, cerita suka duka, sengal bengal, melawak, basuh baju sama, tukang cabut bulu ketiak (eh tu cam over plak) hehee..pape pon, aku memang suka word SAHABAT rather than KAWAN.
Semua orang kat dunia ni kene ada kawan, kan?dan aku kalau hidup sorang-sorang tak buleh kot, sangat! sebab aku jenis suka bercakap, bergelak, bergurau dan macam2 "ber". Tapi, tak semua kawan kita tu adalah kawan susah senang. Susah ok nak carik kawan camtu, sangat! kawan senang je yang banyak aku jumpa, bukan nak cakap aku takda kawan susah senang tu, tapi cuma kadang-kadang, ada rasa kawan senang lagi mudah diperoleh.
Kadang-kadang, sampai satu tahap, aku rasa macam dipergunakan oleh kawan-kawan pon ada. Time susah baru nak carik kita. Time senang? tapi dengan rasa malas nak berkira dan nak jaga hati kawan-kawan punya pasal, layan kan saje. Bukan tak ikhlas, bukan nak mengungkit, tapi cuma meluahkan. To sum up, jadilah kawan susah dan senang. Kita tak selalunya berada di atas, kadang-kadang kita tak lari dari berada di bawah juga. peace~
sahabat-sahabat se HND, korang tau korang sume ni hot ok?auuchh!!
sangat sayang korang ok!
sahabat-sahabat UIA ku, sayang korang selamanya!
Eh yang takda kat atas ni jangan remuk hati plak, ada ramai lagi sahabat, tapi tak terupload la, internet slow, dah laju kang upload lagi yeah! saya LOVE sahabat saya :)

