• Home
  • Who am I?
  • Facebook
  • Formspring
  • R a s a . I n g i n . M a h u .

    March 26, 2011
    Rasa macam aku perlukan tempat untuk aku menulis, meluahkan, mengadu, melakar, mengongsi *ada ek word mengongsi* dan macam-macam "me" la yang ada dalam donia ni dan terdorong untuk aku mula buka blog secara senyap-senyap. Tak nak ada orang yang tahu, sebab biarlah tempat luahan aku jadik private aku sendiri. chewah!


    Ingin nak ada blog peribadi, lebih kurang macam diari la, sebab kadang-kadang tak dengan semua orang kita buleh bercerita tentang masalah kita, tak semua orang buleh nak denga masalah kita, kan? so menulis aku rasa jalan yang terbaik untuk meluahkan rasa tidak puas hati, geram, sedih, gembira, suka dan duka. Lama dah sebenanya ada niat nak buat blog, tapi bila nak fikir, "hmmm..nama apa nak bubuh untuk blog aku ni ek?" fikir nama punya fikir, "ahh..nanti la buat blog, susah pulak nak pikir nama ni" jadik bertangguh buat blog nya. OK, pastu dah ada nama plak, "hmm..template apa nak pakai untuk blog ni ek?tak too common sangat, taknak too simple sangat" carik template punya carik, "ahh..nanti la buat blog, banyak plak template yang ada ni, rambang mata!" tangguh lagi buat kali kedua. At last, berjaya jugak kuat kan semangat nak bukak blog, tu pon pakai angkut je ready template yang ada kat blog ni. yeah! my official blog :


    b u n d l e o f s t o r y 



    Mahu mencari ruang untuk diri sendiri memuhasabah diri dengan menggunakan alternatif yang agak menarik melalui penulisan blog disamping memantapkan gaya bahasa karangan, lama rasa tak menulis karangan since SPM. kot! ehh..nak tulis mende lagi ni, lost of idea! sampai sini je kot. Jumpa lagi di lain entry. Alamak! tak balance la plak paragraph ni. Yang kedua tu terover panjang plak. Takpela, first time menulis, ok la kot ni. Semoga aku rajin la mengupdate ini blog. amin!